Carian

Rabu, Oktober 14, 2009

Catur


Catur adalah sejenis permainan berpapan, rekreasi dan berdayasaing yang dimainkan di antara dua pemain. Bentuk permainan terkini timbul di Eropah Selatan semasa separuh abad kedua pada abad yang ke-15 selepas ianya berubah daripada permainan asal lamanya di India yang sama. Sekarang, permainan catur merupakan permainan yang paling popular di dunia, dimainkan oleh jutaan manusia di seluruh dunia semada di rumah, di kelab-kelab catur, dalam talian, surat menyurat, dan di dalam pertandingan.

Catur dimainkan pada papan bersaiz 8x8 petak, memberikannya 64 petak yang silih berganti warna, terang dan gelap, dengan setiap pemain mempunyai petak terang pada dekat-lapan sudut apabila berdepan pada papan. Setiap pemain mulakan permainan dengan 16 catur di mana boleh gerak dalam hala kemas (dan dalam setengah misalan, jarak terhad) dan boleh mengeluarkan lain-lain kepingan dari papan: setiap kepingan pemain terdiri daripada lapan bidak, dua satria, dua gajah, dua tir, satu menteri dan satu raja. Semua kepingan boleh mengeluarkan kepingan pihak lawan dengan mendarat pada ruang yang mereka duduki.

Satu pemain mengawal kepingan putih dan pemain lain mengawal kepingan hitam; pemain yang mengawal putih selalunya pemain pertama untuk gerak. Dalam catur, apabila pemain raja adalah secara terus diancam dengan tangkapan oleh satu atau lebih dari kepingan pihak lawan, pemain ini dikatakan ke dalam check atau syahmat. Bila dalam syahmat, hanya gerakan yang boleh mengelakkan syahmat, sekat syahmat, atau mengambil kepingan pihak lawan adalah dibenarkan. Objek permainan ini adalah untuk syahmat pihak lawan; ini berlaku apabila pihak lawan raja adalah dalam check, dan tiada gerakan boleh dibuat yang bakal mengelakkannya.

Sumber:


Selasa, Oktober 13, 2009

Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat). Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969).

Ada kekhuatiran bahawa kaum Melayu, baik dari UMNO mahupun Parti Islam Se-Malaysia, akan melarang seorang bukan-Bumiputera (misalnya dari etnik Tionghoa) dari menjadi Perdana Menteri, namun Pemerintah telah berulang kali meyakinkan para rakyat bahawa perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seorang Perdana Menteri seorang Bumiputera.

Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia

Jumaat, Oktober 09, 2009

Hari Kiamat

Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu قيام yang bermaksud bangkit atau bangun. Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama Ibrahim, termasuk Yahudi, Kristian dan Islam.

Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kiamat

Khamis, Oktober 08, 2009

Hari Malaysia

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah dan Sarawak. Ia bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia.

Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia

UPDATE :

16 Sept diisytihar cuti umum Hari Malaysia

Sumber :

http://berita-harian-online.com/16-sept-diisytihar-cuti-umum-hari-malaysia/

Rabu, Oktober 07, 2009

Hari Guru

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Guru_di_Malaysia

Isnin, Oktober 05, 2009

Kajang

Perkataan Kajang lahir daripada beberapa sumber berikut:

Pendapat Pertama:

Adalah dipercayai Kajang telah diterokai oleh orang-orang suku Temuan kira-kira tahun 1580 lagi. Suku inilah yang memberi nama Kajang berdasarkan sejenis mengkuang hutan yang digunakan untuk membuat atap yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan itu.

Pendapat Kedua:
Batin Berenggai Besi merupakan seorang pembesar di Sungai Ujong. Pernah mendirikan pondok-pondok di pinggir sungai yang terletak di kawasan Kajang sekarang dengan menggunakan atap mengkuang. Kemudian, beliau berkesimpulan tempat ini sesuai untuk dijadikan penempatan. Sempena bentuk atap mengkuang lipat kajang pondok yang didirikan itulah lahirnya nama Kajang.

Pendapat Ketiga:
Menurut satu riwayat, maksud perkataan 'berkajang' bagi orang Mendailing berpondok. Manakala bagi orang Bugis 'bertikam atau bergaduh'. Kedua-dua puak ini pernah bertikaman di salah sebuah kawasan bukit berhadapan stesen keretapi yang ada sekarang, kerana salah faham maksud perkataan 'berkajang'. Peristiwa ini berlaku semasa kedua-dua golongan ini menghulu Sg. Langat kerana melarikan diri dari perang saudara yang berlaku di Kelang di antara tahun 1867 hingga 1873. Setelah peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama Kajang.

Pendapat Keempat:
Ada sumber lain mengatakan Kajang telah dibuka oleh Encik Lili juga dikenali sebagai Toh Lili yang datang dari Riau pada tahun 1776. Beliau adalah pengikut Sultan Mohamed Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah yang berasal dari Riau. Dengan kebenaran Sultan, beliau bersama enam orang rakan telah membuka tanah untuk penanaman padi di Bukit Sg. Merbau dan membuka lombong @ Sungai Merbau yang kini dikenali sebagai KAJANG.

Pendapat Kelima:
Raja Alang dari suku Mandailing bersama sekumpulan pengikutnya datang ke Tanah Melayu pada awal tahun 1800. Kumpulan ini belayar memasuki Tanah Melayu melalui Kuala Sungai Langat. Setelah beberapa hari berlayar, mereka berteduh atau 'berkajang' disuatu kawasan yang sekarang ini dipanggil Jalan Mandailing. Sebahagian pengikut-pengikut Raja Alam telah menerokai kawasan Kampung Batu 14 sekarang dengan penanaman padi. Penempatan mereka ini akhirnya dimasyhurkan dengan nama Kajang oleh Raja Alam.

Sumber:

http://www.mpkj.gov.my/sejarah

Jumaat, Oktober 02, 2009

Jalur Gemilang

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995.

Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara.

Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996.

28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Maksud lambang dan warna;- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.- Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

Sumber:

http://putrawangsa.com/sejarah-jalur-gemilang/

Related Posts with Thumbnails