Carian

Isnin, Oktober 05, 2009

Kajang

Perkataan Kajang lahir daripada beberapa sumber berikut:

Pendapat Pertama:

Adalah dipercayai Kajang telah diterokai oleh orang-orang suku Temuan kira-kira tahun 1580 lagi. Suku inilah yang memberi nama Kajang berdasarkan sejenis mengkuang hutan yang digunakan untuk membuat atap yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan itu.

Pendapat Kedua:
Batin Berenggai Besi merupakan seorang pembesar di Sungai Ujong. Pernah mendirikan pondok-pondok di pinggir sungai yang terletak di kawasan Kajang sekarang dengan menggunakan atap mengkuang. Kemudian, beliau berkesimpulan tempat ini sesuai untuk dijadikan penempatan. Sempena bentuk atap mengkuang lipat kajang pondok yang didirikan itulah lahirnya nama Kajang.

Pendapat Ketiga:
Menurut satu riwayat, maksud perkataan 'berkajang' bagi orang Mendailing berpondok. Manakala bagi orang Bugis 'bertikam atau bergaduh'. Kedua-dua puak ini pernah bertikaman di salah sebuah kawasan bukit berhadapan stesen keretapi yang ada sekarang, kerana salah faham maksud perkataan 'berkajang'. Peristiwa ini berlaku semasa kedua-dua golongan ini menghulu Sg. Langat kerana melarikan diri dari perang saudara yang berlaku di Kelang di antara tahun 1867 hingga 1873. Setelah peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama Kajang.

Pendapat Keempat:
Ada sumber lain mengatakan Kajang telah dibuka oleh Encik Lili juga dikenali sebagai Toh Lili yang datang dari Riau pada tahun 1776. Beliau adalah pengikut Sultan Mohamed Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah yang berasal dari Riau. Dengan kebenaran Sultan, beliau bersama enam orang rakan telah membuka tanah untuk penanaman padi di Bukit Sg. Merbau dan membuka lombong @ Sungai Merbau yang kini dikenali sebagai KAJANG.

Pendapat Kelima:
Raja Alang dari suku Mandailing bersama sekumpulan pengikutnya datang ke Tanah Melayu pada awal tahun 1800. Kumpulan ini belayar memasuki Tanah Melayu melalui Kuala Sungai Langat. Setelah beberapa hari berlayar, mereka berteduh atau 'berkajang' disuatu kawasan yang sekarang ini dipanggil Jalan Mandailing. Sebahagian pengikut-pengikut Raja Alam telah menerokai kawasan Kampung Batu 14 sekarang dengan penanaman padi. Penempatan mereka ini akhirnya dimasyhurkan dengan nama Kajang oleh Raja Alam.

Sumber:

http://www.mpkj.gov.my/sejarah

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails